Kenapa Perlu “Berbayar”?

11 Sep 2019 | Tips Bisnes

Saya tubuhkan JVWarrior pada tahun 2014. Tapi sale sebenarnya hanya mula masuk pada 2015.

To be honest, 2014 hingga 2017, JVWarrior hanya rugi je. Nak cover kos server, tools dan manpower pun tak cukup sebenarnya. Saya terpakse guna duit hasil bisnes online lain untuk cover kos!

Waktu saya diuji pulak, saya terpaksa pinjam duit orang untuk maintain JVWarrior…😭

Anyway saya teruskan jugak sebab saya memang berhajat sangat nak jadikan JVWarrior ni channel pendapatan utama kepada ramai orang. Saya nampak, ramai orang akan perlukan JVWarrior satu hari nanti.

Disebabkan niat nak bantu orang, banyak benda yang saya bagi PERCUMA. Contohnya saya bagi seller jual ebook percuma tanpa sebarang fee. Sedangkan kos sistem, marketing, pengurusan agen dan sebagainya saya yang tanggung.

Hasilnya, saya dapat banyak produk sampai saya sendiri tak mampu nak masukkan. Dan seller pulak, lepas masukkan, ramai yang lepas tangan tunggu duit masuk. Harap JVWarrior uruskan semuanya sebab memang itu yang dioffer. My bad…😅

Macam tu juga dengan panduan saya. Beratus orang dapat akses percuma. Tapi yang hargai dan buat betul-betul, setahu saya tak sampai 3 orang. Infact yang bukak pun saya rase dalam 10% je.

SAYA MULA “JUAL MAHAL”!

Tahun 2018 saya mula dapat sinar balik dalam bisnes online. Bila dah ade duit, saya mula give up nak tolong orang percuma macam tu je. Maklumlah, waktu susah orang bukan nak tolong kan. Itu normal.

So saya start kenakan bayaran 30% pada seller. Selain tu takde lagi istilah PERCUMA unless kepada yang saya “terpaksa” bagi saje. Itu pun tak ramai. Kurang 5 orang!

Bila dah berbayar semua macam tu, tak sangka pulak sale mula naik. Makin ramai yang berjaya buat duit dan sampai ke hari ni ade yang dah hit komisen 6 angka.

Dari situ saya belajar satu pelajaran…😅

Nak tolong orang tak semestinya kena PERCUMA. Berbayar mungkin lebih bagus. Yang penting ikhlas, insyaAllah ada bahagian di dunia dan akhirat!

Kalau percuma, orang yang ditolong tak serius dan orang yang menolong pun lama-lama give up. Sifir dia macam ni :

PERCUMA —> Tak hargai —> Takde improvement —> negatif

BERBAYAR —> Lebih hargai —> Ade improvement —> positif

Takut-takut dua-dua pihak tak dapat bahagian di dunia dan akhirat…😭

So itulah sebabnya kenapa sekarang saya agak “alergik” dengan percuma ni walaupun mungkin ada yang cakap, “kate nak tolong. Ini bukan tolong namanya. Ini nak mencekik!

Saya maafkan je dieorg sebab dieorg belum faham realiti sebenar kalau PERCUMA…😅

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!