Dalam panduan Database King, saya jugak sebenarnya ada bongkarkan banyak tips & trick….Salah satu daripadanya adalah, cara untuk buat prospek terus beli 2-3 unit produk tanpa perlu offer freegift!
Actually saya pernah cuba bereksperimen macam kebanyakkan orang lain buat…Harga saya letak lebih kurang macam ni :
– 1 unit = RM70
– 2 unit = RM120 (diskaun RM20 + freegift)
– 3 unit = RM170 (diskaun RM40 + freegift)
Hasilnya, majoriti masih lagi pilih untuk beli 1 unit!…Ape cer???
Bila dah kaji semula, baru saya tau…Strategi harga macam tu, prospek tak klimaks langsung!…Tak rasa rugi pun kalau tak grab 2 atau 3 unit terus…Better try satu unit dulu, then kalau serasi baru beli lagi!
So macam mana strategi yang boleh buat prospek beli 2 atau 3 unit terus tanpa banyak soal ataupun tanpa sebarang freegift???
Jawapannya adalah, kita kena letak harga yang tak munasabah untuk 1 unit, then letak harga yang rapat untuk 2 dan 3 unit…Contohnya macam ni :

– 1 unit = RM110
– 2 unit = RM125
– 3 unit = RM150

Haa…Nampak tak?…Kalau anda sendiri jadi buyer, kemungkinan besar anda akan beli 2 atau 3 unit terus sebab penjimatannya banyak sampai rasa tak berbaloi kalau beli 1 unit je…Betul tak?
Masalahnya sekarang, rugi lah sebab untung dah jadi sikit untuk 3 unit!
Betul ke RUGI?…Tidak kawan…Sebenarnya anda lebih untung…Nak tau sebabnya?
1) Stok Terjual Dengan Laju
Dalam bisnes, makin laju stok produk terjual makin bagus sebenarnya…Bila stok lama terperap, banyak hidden kos yang anda kena tanggung…Sebab itu HQ lebih suka jual borong pada stokis berbanding jual seketul-seketul direct pada buyer.
Lagipun makin cepat stok terjual, makin cepat korang akan dapat duit untuk rolling dan kembangkan market
2) Tempoh Keberkesanan Produk
Tak semua buyer akan dapat rasai kesan produk dengan hanya guna 1 unit saje…Sepupu saya makan 6 botol Pamoga baru terasa perbezaan.
So kalau buyer pakai 2-3 unit terus, kebarangkalian untuk buyer dapat hasil positif lebih tinggi berbanding hanya pakai 1 unit.
3) Kos Marketing Per Unit
Biasanya kos produk adalah statik…Jual 1 unit, kos RM10…Jual 2 unit, kos RM20 dan sbginya…Kos yang susah nak dikawal adalah kos marketing.
So mana korang nak pilih, spend RM20 (kos marketing) dapat jual 1 unit atau spend amount yang sama (RM20), tapi dpt jual 3 unit terus?
Of course la jual 3 unit terus sebab kos per unit akan jadi lebih murah!
So itulah teknik letak harga yang insyaAllah boleh buat prospek tak pikir panjang terus grab 2-3 unit terus walaupun korang tak offer sebarang freegift…😊
Kalau korang nak banyak lagi ilmu-ilmu lain yang lebih padu, korang boleh dapatkan Database King dekat sini :
Upgrade lah ilmu korang sekarang…Sampai bila yea nak kerja langgar dinding je?…Sampai bile yea nak GERAM tengok kejayaan orang lain je…Korang punya bila lagi…😅