Apa itu pemasaran email?

25 Nov 2015 | Tips Bisnes

Ramai orang salah anggap tentang pemasaran email (email marketing). Mereka ingat pemasaran email tu jenis email-email promosi yang tetibe je menyemak kat dalam inbox. Tak tahu ntah siapa yang hantar! Itu sebenarnya bukan pemasaran email, tapi itu spamming.

Pemasaran email sebenarnya adalah email-email yang dihantar oleh individu/company yang kita pernah register email kita kat website mereka. Sebagai contoh, dekat sebelah post ni saya ada pasang optin form (tempat register email) bagi mereka yang berminat nak dapatkan update terkini daripada blog ni.

So bila ada orang register, mereka akan dapat email daripada saya secara automatik setiap kali saya hantar newsletter. Kadang-kadang, kalau anda beli barang atau isi form secara online pun email anda akan dimasukkan ke dalam sistem secara automatik. Then anda akan dapat jugak email daripada seller dari masa ke semasa. Itu juga di kira pemasaran email yang sah.

Kalau anda ambil email orang secara tak sah (bukan melalui pendaftaran), then anda hantar email pada mereka, itu dinamakan spamming. Spamming nie salah di sisi undang-undang siber. Honestly memang ada banyak software yang membolehkan anda grab email orang secara automatik. Tapi tak payahlah mereka buang masa nak guna semua benda macam tu. Benda illegal ni biasanya tak berkat. So kalau guna pun mungkin tak ke mana hasilnya.

Alat Yang Diperlukan Untuk Lakukan Pemasaran Email

Untuk lakukan pemasaran email, anda perlukan satu tool yang dipanggil autoresponder. Fungsi utama autoresponder ni adalah untuk :

➡️ Kumpul senarai email prospek yang buat pendaftaran menerusi optin form dan sebagainya.

➡️ Hantar email secara automatik sebaik saje prospek buat pendaftaran – Followup Email

➡️ Hantar email secara pukal kepada semua subscriber (mereka yang dah daftar email) pada bila-bila masa. Contohnya waktu nak launch produk – Newsletter

Selain tu, ada banyak fungsi-fungsi lain lagi sebenarnya. Tapi saya tak senaraikan kat sini sebab fungsi-fungsi lain tu bergantung pada jenis autoresponder yang anda guna.

Autoresponder Pilihan

Dalam pasaran sebenarnya ada banyak company yang tawarkan servis autoresponder. Ada yang murah dan ada yang mahal gila-gila. Pada saya, kalau nak pakai autoresponder biarlah pakai yang ok sikit. Bukan apa, list (senarai email yang berjaya dikumpul guna autoresponder) ni sebenarnya ibarat “aset maya” dalam bisnes online. Oleh sebab ia aset, so kita kenalah make sure ia selamat dan boleh digunakan dengan baik.

Sama juga kalau anda ada kereta Ferrari (aset). Takkan anda nak parking luar pagar depan umah anda macam tu aje kan. Minyak itam pun takkan nak pakai yang harga setong harga RM50. Mestilah anda nak yang pakai yang berkualiti dan jaga sebaik mungkin.

Macam tu juga dengan list. List ni mampu menyumbang $$$ yang banyak untuk anda di masa-masa akan datang lebih-lebih lagi bila jumlah list anda dah mencecah 10 ribu ke atas. Once anda capai tahap tu, sekali hantar email promosi saje pun anda dah boleh untung 4-5 angka. Saya buat sembang kencang aje ni tau. Tapi saya sendiri dah laluinya. Pencapaian terbaik saya setakat ni, saya pernah untung RM35k melalui newletter yang saya hantar pada subscriber saya.

So, kalau anda serius nak gunakan pemasaran email dalam bisnes online anda, saya cadangkan anda langganlah servis autoresponder Active Campaign ataupun Getresponse. Ada banyak sebab kenapa saya galakkan anda guna dua autoresponder tu. InsyaAllah jika ada kesempatan nanti saya akan buat satu post khas tentang kedua-dua autoresponder nie.

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!