Lately perasan tak makin ramai orang Malaysia berebut-rebut jual barang China dekat Shopee…Beli dari China secara online, then jual dekat Shopee…Panduan Shopee pun tumbuh macam cendawan…Belum habis study Panduan A, dah muncul pulak Panduan B, C dan D…😅
Actually jual produk China dekat Shopee memang bagus…Betul lah bak kata otai…Takde listing fee / transaction fee…Dapat trafik percuma…Tak perlu berwasap-wasap…Ada free shipping program dan banyak lagi…Pendek kata, semuanya “wangi”…😅
Sungguhpun banyak yang “wangi”, saya masih lagi pilih Facebook sebagai medium jualan…Sebabnya saya akan bongkarkan dekat bawah ni supaya korang lihat dengan jelas pros & cons jual produk China di Shopee dan jugak Facebook.
1) Untung Bersih Ciput
Sepertimana yang korang sedia maklum, dekat Shopee ni ada beribu orang seller…Kadang-kadang, satu produk je pun dah ada beratus seller…Kebanyakkannya pulak ambil produk dari supplier yang sama (1688, Taobao, Aliexpress, etc)
Customer pulak macam biasa lah…Sebelum beli, sort dulu “price low to high” untuk dapatkan yang paling murah…Hanya yang baru nak berjinak je biasanya tak pandai nak sort…Yang dah biase shopping, sorting ni dah jadi aktiviti wajib sebelum usha rating or beli!
Bila dah macam tu, of course la prospek akan beli dari seller yang paling murah dan rating ok…So itu yang jadi perang harga sampai untung paras hidung…Jangan terkejut kalau ada seller claim sale RM100k sebulan, padahal untung bersih bawah RM2k je sebenarnya! 😭
Itu tak ambil lagi kes seller yang buang harga sebab stock dah lama simpan bawah katil…Kadang-kadang, dieorg sanggup je jual ikut harga kos…Yang penting dapat balik modal!
Berbeza dengan jual dekat Facebook…Dekat Facebook, harga kita boleh up tinggi sikit…Malahan ade je yang up sampai berkali-kali ganda daripada harga kos…Tak caya cer tengok seller kat bawah ni :
Post dia dapat 29k komen…Harga jual pulak RM160…Ok la kan RM160 untuk produk yang susah nak jumpe kat kedai-kedai biasa…Tapi, nak tau berapa harga kat Shopee? Haaa…jangan terkezupppp…jeng…jeng…jeng…🤭
Amacam…Best kan….Seller kat Shopee mungkin untung bawah RM5/unit…Tapi kat Facebook, selamba badak je dieorg ambil untung dekat 10 kali ganda…😍
2) Teknik Greyhat – Conquer Market
Teknik ni saya tengok dah makin ramai yang terjebak…Ape yang dieorg buat adalah, dieorg create puluhan akaun Shopee…Then listing produk yang sama tapi berlainan harga.
Bila prospek search keyword produk dekat Shopee, akan keluar banyak senarai seller yang jual…Padahal semua seller tu adalah orang yang sama!
Ini yang tak berapa cun pada pandangan peribadi saya…Macam die sorang je yang nak bisnes…Abis tu orang lain ape cerrr?…Tapi tak taulah kalau ramai yang rasa teknik tu cun bangat…😅…Sekali lagi, pandangan peribadi sahaja!
3) Taukey China Tumpang Sekaki
Peraasan tak, banyak produk bila kita sort low to high price, yang paling murah biasanya dari “oversea” a.k.a dari China…Sebagai contoh, cube tengok Mini Pen dekat bawah :
Bila prospek search keyword produk dekat Shopee, akan keluar banyak senarai seller yang jual…Padahal semua seller tu adalah orang yang sama!