Sejak Gmail (servis email daripada Google) memperkenalkan Primary, Social dan Promotions tab, mungkin korang perasan banyak email daripada orang yang korang follow dah lama tak nampak…Sebenarnya email dieorg ada, cuma mungkin korang tak perasan sebab email-email tu dah termasuk ke dalam promotion tab. 
 Secara default, bila korang klik pada “Inbox”, tab yang akan terbuka adalah primary…Tab lain jarang orang bukak (mungkin termasuklah korang… 🙂 )…Oleh sebab tu, amatlah penting untuk korang pastikan email-email daripada VVIP semua masuk ke primary tab supaya korang tak terlepas pandang. 

Macam Mana Nak Set Email Masuk Primary Tab?

 Ok, untuk set email masuk primary tab mudah saje…Apa yang korang perlu lakukan adalah, buka tab Social atau Promotions…Then carik email-email VVIP yang korang nak pastikan sentiasa masuk primary tab. Bila dah jumpa, korang hanya perlu tick email tersebut, then right click…Nanti korang akan nampak “Move to tab”…Kat situ korang click “Primary” mcm dalam screenshot kat bawah ni. 
 Lepas korang dah set macam tu, insyaAllah next time semua email dari VVIP tersebut akan masuk ke primary tab walaupun dalam email ada banyak gambar. P/s : Jika gmail korang takde tab primary, social & promotions, itu maksudnya default setting gmail korang tak guna sistem filter…So korang tak payah buat ape-ape…biarkan saje macam tu. P/p/s : Tab primary, social & promotions tu hanya akan nampak jika korang buka gmail guna laptop/desktop…Kalau guna smartphone memang tak nampak.