Cara Enable Online Purchase Bagi Debit Card Maybank Dan CIMB

23 Dec 2015 | Tutorial

Sebenarnya saya baru saje dapat info ni dekat Facebook. Setelah saya siasat, memang info ni betul. Bermula tahun 2016, pihak bank akan disable “online purchase” untuk pemegang debit card (khususnya debit card Maybank & CIMB. Bank lain saya tak sure!).

Ini disebabkan kerana banyak kes penipuan. So kalau anda banyak beli barang online guna debit card (macam saya), anda kenalah baca post ni sampai habis dan bertindak segera. Kalau tak, tahun depan tak dapatlah anda nak beli barang guna debit card lagi!

Menurut sumber di Facebook, pihak bank ada hantar SMS tentang isu ni. Tapi tak semua dapat. Saya sendiri tak dapat. Tapi memang ramai yang dapat dan pihak bank ada buat pengesahan tentang kesahihan SMS tersebut.

Itu antara screenshot yang saya ambil kat Facebook. Ada ramai lagi yang share screenshot masing-masing, tapi cukuplah saya tunjuk seketul dua aje kat sini. Kalau anda masih kurang yakin, better korang Google atau call bank sendiri. Lagi puas hati.

Cara Nak Aktifkan Online Purchase

Note : Bermula 1 Jan 2016, pengaktifan melalui telefon sahaja yang masih valid!

Untuk membolehkan anda boleh terus beli barang secara online guna debit card, anda kena follow tutorial mudah yang saya sediakan kat bawah ni. Cuma kena hantar SMS pada pihak bank saje untuk aktifkan.

Pengguna Maybank = SMS ONCNP <space> 12 angka nombor IC. Hantar ke 66628

Pengguna CIMB = SMS OPTIN <space> 4 angka terakhir nombor debit card. Then hantar ke 62666

Make sure anda hanya taip perkataan yang saya bold kan saje k. Untuk 4 angka terakhir nombor debit card tu, anda boleh check kat bahagian depan card anda. Kat situ ada 16 nombor. Anda hanya perlu guna 4 nombor terakhir saje.

Once anda dah hantar SMS, anda akan dapat SMS reply daripada pihak bank.

Selain SMS, anda jugak boleh aktifkan by call sebenarnya. Kat bawah ni nombor-nombor yang perlu anda hubungi untuk aktfikan online purchase.

Maybank = 1300 88 6688

CIMB (Mastercard) = 1 300 880 900 (within Malaysia) or +603 2295 6100 (from overseas)

CIMB (Kwik) = 03-6204 7788 (within Malaysia) or +603 2295 6100 (from Overseas)

Apa Akan Jadi Kalau Tak Aktifkan Sekarang?

Menurut sumber daripada pengomen Facebook yang telah menghubungi pihak bank, kalau anda tak aktifkan sekarang, anda masih boleh aktifkan waktu fail buat bayaran untuk beli barang online nanti… 😅

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!