Hari ni saya nak share satu ilmu yang hari-hari korang nampak, tapi jarang korang fikirkan!

 

Ape benda tu bro?

 

Orite, ini ilmu tentang level “kerjaya”… 😀

 

1) Employee

 

 

Ni memang favorite sebahagian besar anak bangsaku ni…Kat skolah lagi cikgu dah tanya…

 

Mat, dah besar nak jadi/kerja apa?

 

Jarang cikgu tanya…”Mat, dah besar nak bisnes apa? Kalau ada pun, cikgu jenis ni mungkin ada buat bisnes tupperware part time…Tu pasal unik sikit soalan dia… 😆

 

Makan gaji ni bagus…Tapi ada beberapa kelemahan iaitu :

 

100% kerja hanya menghasilkan 1% (atau lebih kurang) income (gaji)

 

Ye lah…Korang kerja bagai nak rak dapatkan untung RM1 juta, adakah boss akan bagi RM1 juta kat korang?…Ada, tapi cuma bagi harapan je lah… 😆

 

Selain tu ada beberapa lagi kelemahan jangka masa panjang yang orang tak perasan :

 

Sehebat mana pun korang, boss tetap duduk kat takhta paling teratas.

 

Kalau korang pencen dengan jawatan CEO, anak korang tak boleh sambung jawatan tu…Kena mula dari ZERO semula!

 

2) Self-Employed

 

 

Yang ni pulak favorite segelintir daripada anak bangsaku yang dah takde option lain atau tak minat kerja makan gaji atau suka kerja sorang-sorang…Selain tu, segelintir orang cina zaman lepas merdeka hingga 1980-an jugak ramai berada kat level ni.

 

Bekerja sendiri ni bagus…Even lebih bagus daripada makan gaji…Cuma masih ada “batasan income” sebab 100% kerja di buat sendiri…Selain tu, kerja sendiri ni memang memenatkan dan biasanya tak sempat nak menikmati hidup!

 

100% usaha menghasilkan 100% income

 

Not bad…still berbaloi-baloi…Kalau meninggal dunia sebagai taukey kedai runcit, kedai runcit tu still boleh diwarisi oleh anak-anak.

 

3) Business Owner

 

 

Ini dah masuk level “orang-orang” berfikiran jauh dalam ekonomi…Tugas dieorg bukan buat kerja, tapi hanya pastikan orang lain buat kerja untuk dieorg.

 

100% hasil usaha pekerja masuk poket boss, then boss hanya perlu pulangkan 1% (atau lebih kurang) kepada pekerja sebagai upah!

100 orang pekerja (contoh) x 99% untung/pekerja = 9900% income boss

 

 

Yang ni kalau boss meninggal dunia pada tahap income 9900%, anak boleh sambung tahap 9900% tu…Sebab tu jangan terguris kalau korang belajar sampai phd, tapi still kena jadi kuli anak-anak taukey yang berkelulusan SPM je…Banyak berlaku ni…Saya pun pernah kena!

 

Sebab tu jugak korang jangan pelik kenapa orang cina boleh kuasai ekonomi Malaysia…Setiap kali dieorg meninggal, anak-anak dieorg tak perlu start dari ZERO macam orang melayu!

 

4) Investor

 

 

Yang ni pun ohsem jugak…Duit “bekerja” untuk dieorg…Dieorg tak perlu buat kerja dan tak perlu manage pekerja.

 

X – XX% income business owner (partner) = income for investor (sleeping partner)

 

Sama macam business owner, kalau investor meninggal dunia, waris boleh sambung income tu pada tahap semasa.

 

 

Salah Anggap Tentang Keempat-Empat Level Kerjaya.

 

1) Orang cakap nak bisnes perlukan modal…So kerja makan gaji lebih mudah…Salah ni bro, kerja makan gaji pun perlukan modal…Korang belajar pandai-pandai tu bukan free…Tapi berbayar…Itu lah “modal” korang untuk melayakkan diri di level “Employee”.

 

2) Orang jugak selalu cakap, kerja makan gaji ni terjamin…Mana ada bro…Semua level takde jaminan…Semua level ada risiko rugi…Korang tengok je la sekarang ni, berapa banyak engineer/manager oil & gas kena VSS…Kalau tak VSS pun, company akan offer jawatan kontrak je…Bukan permanent!…Korang ingat boss besar nak bagi leher dia dulu kena sembelih? Sorry, leher korang dulu dia tala…Leher dieorg yang terakhir okeh!

 

3) Orang selalu cakap nak bisnes kena ada ilmu…Betul lah tu bro…Memang kena ada ilmu…Nak kerja makan gaji pun kena ada ilmu…Boleh ke kalau ko tak sekolah gi apply jawatan engineer?…Semua level perlukan ilmu!