Tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017 merupakan zaman gelap dalam bisnes online saya…Bertahun-tahun selesa buat income maintain 4-5 angka sebulan, tiba-tiba Allah SWT hantar pelbagai ujian datang bersilih ganti!

Kuatnya ujian tu sampai satu tahap nak makan pun terpaksa bercatu…Beli 1kg beras dan sepuluh biji telur tu memang kerap…Mungkin orang kedai pun dah hafal agaknya…😭

Itu tak ambil kira lagi isu bank kejar, client kejar dan sebagainya…Yang dulu follow rapat dan rajin puji melambung, kini dah lari jauh-jauh dah…Mana sanggup nak kongsi susah yea tak!

Tapi Allah SWT tu Maha Penyanyang…Disaat-saat saya dah tak tahu dah nak ikhtiar macam mana lagi, tiba-tiba datang satu ilham…Benda simple, tapi tak ramai buat waktu tu!

Nak Tahu Saya Buat Apa?

Kalau korang masih ingat, tahun 2017 masih ramai lagi orang Malaysia tak tahu atau takut nak membeli produk dekat Lazada dan Shopee…Waktu tu, ramai jugak yang buat servis “tolong belikan” dengan charge sekitar RM2 – RM5

Saya tak follow cara tu…Tapi apa yang saya buat adalah, saya carik produk yang betul-betul rare dekat Shopee / Lazada, then saya jual dekat Facebook…Untungnya lebih besar…Saya markup sekitar RM15 – RM50 bergantung kepada produk.

Alhamdulillah hasilnya memang tak menang tangan sampai tak larat nak layan…Tunggang langgang jugak hidup waktu tu sebab sibuk melayan customer…πŸ˜……Tapi Alhamdulillah, memang happy sangat-sangat…At least saya dapat dana semula untuk kembali bangkit!

Dari situ saya buat satu panduan jual barang macam saya buat iaitu Dropship Express (dah tak jual)…Alhamdulillah ramai yang berjaya…Saya boleh katakan itu antara panduan saya yang paling ramai berjaya!…🀩

Kenapa Ramai Yang Berjaya?

Alhamdulillah…Rezeki Allah SWT yang bagi…Cuma antara “asbab” yang membolehkan ramai berjaya adalah disebabkan DUA faktor :

Pertama sebab barang China banyak yang rare, tapi harga super murah…Ibarat macam korang pergi Eco-Shop…Sekali masuk je rambang mata!..Prospek beli tanpa pikir panjang! πŸ˜……So dekat situ wujudnya peluang!

Kedua, berbekalkan sikit pengalaman dan kajian dalam marketing, saya tahu cara nak viralkan produk yang dijual guna teknik zero cost marketing…So untung yang diperolehi adalah maksimum!

Itu sebab ramai buyer panduan Dropship Express saya masyukkk je buat duit diam-diam…Tau-tau je untung bersih 4-5 angka walaupun suri rumah sepenuh masa…πŸ˜‹

Tapi…Itu Dulu…Sekarang Dah Tak Berapa Relevan!

Seiring dengan peredaran zaman, sekarang dah ramai yang tahu beli barang sendiri dekat Shopee dan Lazada…Kedai Eco-Shop pun dah bersepah…Malahan yang spend 4 angka sebulan dekat sana pun ramai…So macam mana nak buat duit macam dulu???

Of course dah susah!…Malahan kalau kita promote jugak dekat Facebook, ramai netizen yang hentam…Harga Yahudi la!…Pergi haji balik hari la!…Dan macam-macam lagi…Semua tu sebab dieorg dah tahu kat Shopee / Lazada lagi murah!

Anyway…Sinar Harapan Kembali Muncul!

Di waktu PKP macam ni, di tambah pulak dengan faktor nak raya (kalau dapat la) tak lama lagi, korang masih lagi boleh buat bisnes macam yang saya story kat atas!..Cuma kali ni pendekatannya berbeza sikit!

Hari ni, sahabat online saya, Tuan Hafizi Zain baru saja lancarkan Panduan Lubuk Murah China…Dalam Panduan tersebut, beliau bongkarkan cara dapatkan barang yang 3 KALI GANDA lebih murah dari harga pasaran di platform Pinduoduo!

Jangan tanya saya Pinduoduo tu binatang apa!…Saya pun baru je tahu…πŸ˜‚…Ternyata Tuan Hafizi Zain tak peram ilmu dia sorang-sorang…At least dia sanggup korbankan pengalaan 10 tahun dia import barang China untuk kita semua!

So dengan harga barang yang super duper murah walaupun beli satu unit, dapat lah korang kunci mulut netizen…Harga Shopee pun tak boleh nak lawan!…Silap hari bulan, korang boleh tapau semua seller kat Shopee…πŸ€”

Marketing Pulak Macam Mana? Saya Newbie!

Rezeki korang jugak…3 Hari lepas beberapa orang client saya ada buat satu panduan affiliate menggunakan konsep zero cost marketing yang diberi nama Ejen Viral.

Actually walaupun panduan tu ajar pasal affiliate, tapiΒ asas marketingnyaΒ lebih kurang sama macam Dropship Express jugak…CUMA dieorg dah advance kan lagi dengan trick terkini yang proven!…Dieorg sendiri dah jana 5 ke 6 angka untung bersih dari teknik tersebut!

So Masih Tak Nampak Peluang???

Now, lubuk barang murah dah ada…Panduan marketing pun dah ada…So peluang dah depan mata dah!…Tunggu korang bertindak je!

Waktu PKP ni mungkin ramai yang masih senang sebab duit gaji jalan + dapat bantuan goverment lagi…Tapi lepas tamat PKP nanti jangan terkejut dengan cabaran baru…Saya menjangkakan ramai yang perlu struggle untuk survive!

Kalau korang nampak macam apa yang saya nampak, bertindaklah sekarang…Dapatkan ilmu dulu, then terus buat cepat-cepat sebelum semuanya ditutup!

InsyaAllah bisnes macam ni boleh nampak hasil dia dalam beberapa hari sahaja…Itu based on pengalaman saya sendiri…Bukan “sembang kari” dari orang lain!

Semoga bermanfaat buat korang semua…πŸ™‚πŸ‘Œ