Ingat tak korang waktu 2011-2012 dulu?…Waktu tu kos FB Ads tersangat lah murah…Kalau seposen dapat TIGA biji guna-gula, kos FB Ads pulak boleh dapat 10 prospek!…Kos untuk dapatkan 1 prospek/fans cuma RM0.01!

 

Waktu tu ramai IM buat servis tarik fans…Saya pun buat jugak…1000 fans charge RM100 pun takde hal sebab kos baru RM10…Client pulak semua puas hati sebab fans yang dapat berkualiti dan mudah buat sale…Organic reach pun tinggi…Sekali buat post, insyaAllah 30% – 60% fans boleh nampak…Sale masuk menderu-deru…RM100 spend, berpuluh ribu income masuk!

 

Kalau tak silap, waktu tu saya tarik sekitar 1 juta fans guna Fb Ads je…Macam-macam niche yang saya cuba…Boleh dikatakan semuanya murah-murah belaka…RM0.02/like pun tak layan…Stop ads terus…Nak RM0.01/like jugak!

 

Tak cukup dengan servis tarik like, saya jugak ade buat panduan FB Ads…Alhamdulillah ramai jugak client yang berjaya dapat income yang lebat dalam masa yang singkat dengan kos FB Ads yang tersangat minimum!

 

Tapi tu semua DULU…Sekarang nie mane berani buat servis macam tu…Carik nahas namanye….Nak carik seller yang boleh buat sale 5-6 angka seminggu dengan kos FB Ads puluh/ratus ringgit saje pun susah unless agen/stokis yang buatkan sale…Sekarang ni kos nak dapatkan sorang prospek bukannya rendah…Cer tengok screenshot kat bawah…Anggap je lah 1 comment mewakili sorang prospek (kos per engagement tak diambil kire sebab ia bukan mewakili seorang prospek!)

 

Selambe badak je FB telan sekitar RM1 – RM2 per prospek…Itu pun belum “bersih” lagi tu…Bukan semua yang komen jadi prospek…Ada yang sesaje gatal nak komen.

 

Untuk makluman korang, niche kat atas tu pun sebenarnya niche yang agak mudah dan tak ramai persaing…Cer korang buat niche yang banyak persaingan macam kuruskan badan, cerahkan kulit dan sebagainya…Kos purata sekarang sekitar RM3 – RM5 per prospek kalau ilmu FB Ads korang di level pertengahan…Dah macam harga sepinggan nasik!

 

So kalau untung bersih per produk cuma RM30, bererti korang kena convert seorang buyer daripada setiap 6 orang prospek…Kalau tak, tarak ontong maa meniaga! 😆 Sebab tu sekarang muncul macam-macam skript close sale segala bagai…Semua tu sebab nak pastikan korang dapat convert prospek jadi buyer…Selagi tak convert, selagi tu la prospek kena hambat sampai ke lubang cacing! 😥

 

Tak macam dulu…Dulu “ko nak beli, beli…Tak nak beli, sudah…Lambat laun ko termakan jugak dengan soft selling kat wall aku ni!”…Sekarang nak soft selling amendenya…Nak kasi fans sedia ada nampak post pun kena run FB Ads lagi…Telan duit je kate ko! So ape nak buat? Takkan nak tunggu sampai kos FB Ads same banyak dengan untung?

 

Baik tak yah bisnes kalau macam tu! 😆

Solution

Sebenarnya nak solve masalah ni tak lah susah sangat…Korang cuma perlu “bijak” sikit je…hehe

 

“Macam mana tu bro???”

 

Ok macam ni…Sekarang ni FB dah benarkan kite “convert” prospek yang PM page kita jadi Subscriber…Kalau korang dah biasa dengan email marketing, insyaAllah korang akan faham betapa power dan seronoknya bisnes bila ade ramai Subscriber…Tapi sekarang ni saya anggap korang masih blur-blur, so saya akan terangkan dengan lebih detail apa itu Subscriber….Hadam betul-betul k!

 

Subscriber adalah merupakan individu yang kita boleh “dapatkan semula” pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa perlu bayar apa-apa lagi pada pihak FB.

Sebagai contoh, katakan korang jual tudung guna FB Ads…Bila Farah (nama prospek) komen PM / Nak / Minat / etc pada iklan korang, korang boleh send PM kepada Farah secara auto…Farah seterusnya akan berPM dengan korang dan terus jadi subscriber korang…Once jadi subscriber, korang dah tak perlu bayar apa-apa lagi pada pihak FB untuk “dapatkan” Farah semula di masa-masa akan datang.

 

So bila ade tudung baru, korang boleh terus blast PM kepada Farah dan juga subsriber lain dengan hanya klik beberapa button saje…Tak kiralah berapa ramai pun subsriber korang…Tak perlu PM sorang demi sorang secara manual…Blast secara pukal saje…Pantas dan mudah!…Inilah teknik marketing yang dinamakan Messenger Marketing.

 

Kalau korang tak gunakan Messenger Marketing, korang still kena bayar lagi dan lagi pada FB untuk “dapatkan” Farah semula di masa-masa akan datang tak kirelah sama ade menerusi Retargeting Ads dan sebagainya!

 

 

Bayangkan kalau korang ade 100k subscriber macam dalam gambar kat atas, agak-agak sekali blast PM berapa ramai yang akan beli tudung terbaru korang? Kalau ambil 1% saje pun dah dapat 1000 buyer…Tak perlu bayar ape-ape kos iklan pada FB!

 

Kalau korang tak buat Messenger Marketing, nak dapatkan 1000 buyer bukan mudah dan bukan sikit kos FB Ads yang kena laburkan…Mungkin cecah ribu atau puluh ribu ringgit untuk FB Ads!

 

Nampak tak??? 😆

 

” Ok bro..Itu bisnes tudung…Memang untung sebab produk baru sentiasa akan ada…Macam mana kalau jual produk kosmetik yang cuma ada satu dua produk je? “

 

Sebenarnya tak kira produk apa pun yang korang jual, korang still akan untung kalau convert prospek jadi subscriber…Contoh mudah, kalau 100k prospek (yang belum beli) korang followup dengan testimoni / diskaun / free gift guna Messenger Marketing dari masa ke semasa, agak-agak ramai tak yang akan beli?…Haaa, insyaAllah ratus / ribu orang akan beli…Betul tak?…So still untung banyak berbanding korang nak gunakan FB Ads dapatkan sale sebanyak itu!

 

Lagipun tahun-tahun depan mungkin korang akan keluarkan produk baru jugak…Tak kan nak maintain satu produk selama-lamanya kan… 😆

 

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan kalau korang convert propek / buyer jadi subscriber…Bukan yang saya mention kat atas ni aje…Antaranya :

Boleh followup prospek secara pukal + auto…So jimat masa dan tenaga selain jimat duit (tak perlu run FB Ads lagi untuk followup)

 

Boleh followup buyer secara auto untuk dapatkan testimonial.

 

Boleh followup buyer secara auto untuk remind repeat order.

 

Boleh tingkatkan Brand Awareness walaupun prospek tak beli…At least dieorg kenal dan ingat brand korang sebab korang selalu send PM…Mungkin dieorg akan suggestkan pada orang lain yang memerlukan di masa-masa akan datang.

dan banyak lagi…Sampai satu limit, korang akan perasan yang setiap RM1 korang laburkan untuk dapatkan subscriber (guna FB Ads), pulangannya adalah berpuluh-puluh kali ganda lebih banyak daripada yang korang buat sekarang…Mungkin jutak sampai satu tahap, korang tak perlu run FB Ads lagi sebab sale boleh terhasil daripada subscriber dan viral marketing saje!.

 

So tak kesah lah kos FB Ads naik ke…Persaingan tumbuh macam cendawan ke, korang dah “secure” sebab ada aset sendiri (subscriber) dan tak bergantung pada FB Ads lagi!

 

” Persoalannya sekarang? Macam mana nak buat Messenger Marketing ni??? Flownya dah nampak…Tapi panduan detailnya takde ke? “

 

Don’t worry…Ada-ada…Korang boleh klik button kat bawah ni untuk dapatkan panduan Messenger Marketing 1.0…InsyaAllah banyak manfaat yang korang akan dapat… 😎