Tahun ni dah masuk 9 tahun saya terlibat dalam bisnes online…Alhamdulillah banyak ilmu dan rezeki masuk dari situ…Apa yang saya boleh cakap adalah memang sangat-sangat rugi kalau korang tak mula bisnes online tak kesah lah korang student ke, makan gaji ke, menganggur ke or whatever.

 

Bisnes online ni bukan macam bisnes offline…Korang tak perlu buat loan bank segala bagai…Banyak lubuk-lubuk buat duit tanpa modal duit + kerja yang minimum (buat dari phone je pun boleh)…Modal yang diperlukan cuma ilmu dan usaha je…Produk korang boleh pilih je nak promote produk apa…Contoh yang paling mudah adalah program affiliate.

 

Untuk korang yang tak tau lagi apa itu affiliate, affiliate tu sebenarnya adalah satu bentuk program yang mana korang jadi agen kepada owner produk yang anjurkan program affiliate…Tugas korang cuma perlu promote produk owner je guna link yang dibekalkan (link affiliate)…Once dapat jualan, korang akan dapat komisen…Komisen dibayar setiap hari / minggu / bulan…Korang tak perlu buat produk sendiri, tak perlu keluarkan kos bahan mentah, tak perlu beri support dan sebagainya.

 

Mudah je kan… 🙂 …To be honest memang program affiliate ni salah satu bentuk bisnes online yang paling heaven…Kerja minimum dan tak perlukan modal bahan mentah (produk)…Sebab tu affiliate ni sesiapa pun boleh je nak buat kalau nak!…Orang yang dah otai-otai ni, duduk umah pakai boxer je buat affiliate…Sebulan masuk puluh ribu…Anyway tetap kena ada ilmu dan usaha hokeh…Takde la goyang kaki duit mencurah masuk.

 

Bila sebut pasal ilmu, ada satu benda yang korang perlu sedar…Dulu waktu saya baru start bisnes online, ramai orang masih blur-blur dan tak tau apa-apa…Nafsu nak buat bisnes pun takde…Tapi sejak 2012, ramai dah mula sedar dan libatkan diri…Ramai yang buat macam-macam bisnes sebab nak tampung kos hidup yang naik mendadak…Kalau korang tanya kawan-kawan sekeliling, insyaAllah 3-5 daripada 10 orang akan jawab pernah / sedang / akan buat bisnes!

 

Bila dah ramai yang pandai, masalah yang timbul adalah “persaingan sengit“…Persaingan ni sebenarnya bagus supaya kita sentiasa bersemangat dan “tak tido” lebih-lebih lagi dalam program affiliate…Bila kita saling bersaing, makin berkobar-kobar semangat kita nak buat sale…Cuma bila sampai tahap persaingat makin sengit, of course la yang terbaik je yang makin menonjol…Yang tak nak update ilmu / strategi makin lama makin sendu…In the end lemah semangat nak buat bisnes…Inilah yang banyak terjadi sekarang!

 

Nampak Tak “Rahsia” Nya?

 

So korang nampak tak apa “key” untuk jadi top affiliate? Rahsia untuk jadi top affiliate dalam keadaan sekarang sebenarnya bukanlah…

 

Dah lama bisnes ataupun baru nak start.

 

Ada banyak modal ataupun ciput.

 

TAPI…Rahsia sebenar adalah…

 

Sentiasa update ilmu dan strategi!

 

Sebab tu sekarang ni kalau korang perasan, banyak muka-muka baru mendominasi carta top affiliate tak kesah lah apa-apa produk pun…Kalau zaman awal-awal aku buat dulu, muka yang sama je conquer…Newbie-newbie semua telan ayaq lioq ja la!

 

Berbeza dengan zaman sekarang…Sekarang ni ramai orang dah pandai…Ilmu dan strategi marketing bergerak sangat-sangat pantas…So kalau hari ni korang jadi HERO dengan guna Strategi A, bulan depan belum tentu kawan…Mungkin Strategi A dah tak relevan lagi waktu tu!

 

Macam Mana Nak Dapatkan Ilmu / Strategi Terkini?

 

Mungkin korang sekarang terfikir, “Macam mana nak dapatkan ilmu / strategi terkini? Dah nama pun newbie…Ilmu lama pun tak faham lagi…So macam mana nak catch up ilmu yang latest?

 

Okeh, korang pernah dengar tak orang cakap…

 

“Cara paling mudah untuk lalu kawasan semak samun adalah ikut laluan yang dah dibuat oleh orang kat depan kita…Tak perlu susah payah kita nak menebas lalang!”

 

So macam tu jugak dengan program affiliate…Cara paling mudah dan pantas untuk newbie jadi top affiliate adalah dengan ikut + upgrade sikit ilmu / strategi yang digunakan oleh top affiliate.

 

Buat apa susah-susah nak kaji teknik baru, buat split test fb ads segala bagai…Semua tu membazir masa, duit dan tenaga je…Bukan senang hokeh nak create strategi baru…Kadang-kadang beribu duit abis untuk split test…Sekarang ni ramai je top affiliate yang jual case study dieorg murah-murah…So korang boleh beli + baca + terus guna secepat mungkin.

 

Antara kesilapan yang aku lakukan dulu adalah aku banyak bazir duit + masa + tenaga buat kajian itu ini…Sebenarnya semua tu tak perlu pun…Korang bukan nak buat research untuk big company or whatever…Just nak buat sale je kan diri sendiri je kan…So better SKIP kerja-kerja renyah dan fokus buat sale…Kerja hakiki seorang agen affiliate bukan mengkaji…Tapi buat promosi!  🙂

 

Siapa Top Affiliate Yang Patut Di Follow?

 

Sebenarnya ada ramai top affiliate yang hebat walaupun masih baru dalam bidang ni…Tapi yang MAINTAIN hebat dalam affiliate tak ramai…Biasanya bila dieorg dah ade nama sikit, masing-masing akan mula fokus produk / servis sendiri.

 

So apa yang korang perlu buat adalah sentiasa join program affiliate untuk kenalpasti siapa yang hebat-hebat…Once dah dapat detect, follow + kaji strategi dieorg…Macam mana dieorg promote, apa bonus yang dieorg bagi dan sebagainya…Benda-benda ni semua insyaAllah boleh dikesan kalau korang follow dieorg rapat-rapat kat FB dan mana-mana tempat yang korang nampak dieorg ada.

 

Once dah kaji serta faham, korang upgrade lah sikit daripada apa yang dieorg buat…Macam tu je pun dah cukup….Lambat laun insyaAllah korang pun akan naik sikit demi sikit hinggalah jadi top affiliate jugak akhirnya… 😎